Sunday, January 16, 2005

My Malay Blog! Sorry Hannah and Som and any other non Malay speaking/reading readers :(

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
sebelum semua orang pengsan disebabkan oleh bahasa saya yang kurang tepat, saya meminta maaf dari awal lagi!

Pada kali ini, saya akan mem'blog' dalam bahasa melayu. ini bukannya kehendak saya sendiri. saya telah dicabar oleh teman saya bernama Nazeehah. Oleh kerana saya seorang yang majal, saya telah pun meneriman cabarannya. Kondisi cabaran: "asal melayu, inda payah standard." harap maklum, ianya oki untuk saya menulis 'standard' kerana ianya di dalam " " <--- saya lupa apa ia dipanggil ;p

saya akan mencuba sedaya upaya untuk menulis panjang macam biasa. Ya Allah, payah untuk menulis ayat itu, dan ianya masih lagi bukan apa yang hendak saya katakan!!! Tapi tidak mengapa!!

'Cerita' kali ini akan saya tujukan khas untuk Nazeehah.! oleh kerana ini, saya akan bercerita sedikit tentang dia.
Nama sebenar: Nazeehah Mohd
Tarikh lahir: 11 Mei 1984
Tinggal di sengkurong tetapi menatap di New Zealand.
Dia sedang melanjutkan pelajarannya agar dia akan menjadi seorang doktor yang sukses!

Saya kenal Zeehah semenjak darjah satu putih di PGGMB Telepok. Dan kami rakan sekelas sehinggalah pra-universiti 1z! Dan, alhamdulillah, kami masih lagi kawan karib! Ibu saya sayang akan anak ini! dan kakak2 saya jugak kangen dengan dia!! ;p

muahaha.. sudah lah!!! letih saya bercerita tentang awak ;p

saya bangga dengan diri saya kerana hari ini saya bangun awal, main badminton dan telah pun mencuci/menyasah pakaian =) tetapi itu sahajalah yang boleh saya banggakan *malu*

Saya telah membuat bermacam-macam kuiz di laman web hari ini! Sangat bagus! aiya!!! itu pun tidak asuk akal!!! saya tidak terfikir perkataan yang saya kehendaki!

Kalau saya mesti periksa melayu sekrang, gerenti fail abis!!! Subhanallah!!! Baik jua abis dan limpas sudah semua dan saya telah lulus bahasa melayu hingga tahap GCE O.

Saya terkenang kembali diantara perkataan sumpah-sumpahan dalam bahasa melayu yang saya gemari: cilaka, cis bedebah, lubang jubur keh ekh ekh...

karangan ini tidak lancar sama sekali!!! bri malu eh!!! Cis ko Naz!! Sekarang semua orang akan tahu betapa buruknya melayu ku!!! Payah wah menulis inda baku... kalau cakap okilah.. Tulis atu secara automatis baku...

Itu membawa saya kepada topik baru! kenapa kalau saya cakap melayu, semua orand sama ada inda faham atau ketawa? kakak2 saya akan terus cakap "bida melayu mu ani eh babe!" hwhwhwhw!!!

Tapi saya percaya sebenarnya melayu saya inda buruk langsung!!! saya berkomunikasi dengan ibubapa dan nini saya dalam bahasa melayu dan tiada masalah di sana.

Saya ingat masa makan makan di rumah si nurul, ada sedikit perselisihan: Apa erti 'ala'?
Semua orang (kecuali jiman dan saya sendiri) percaya ala dalam melayu ertinya seperti. Contoh ayat "gunakan lah benda itu ALA orang perancis" muahahaha.. terbahak bahak saya ketawa!!!

Terus jiman (pada masa ini, dia tidak tahu saya tahu apa erti ala) pun tanya pendapat saya. saya cakap dalam konteks di atas, ala adalah berasal daripada Perancis atau pun salah satu negara asing... Tetapi, ala, dalam bahasa Brunei adalah (alamak!!! saya hanya tahu Bahasa Inggeris) "show-off", kambang, suka menunjuk-nunjuk! (Naz: inda kira tu ah, "show off"... ia dalam " ")

Dudududu! saya sudah letih berfikir semua dalam bahasa BM!! ngalih ku ngalih!!!

Sudah tah kali ah?!! Dan saya fikir berpatutan jua sudah ni panjangnya =) Naz, mau kira perkataan jua kah? Jangan tah kali ah ;p

*mengeluh* Inda pernah saya suka menulis karangan! baik dalam bahasa inggeris atau pun melayu!!! Dan semua ini hanya telah mengingatkan betapa bencinya saya!!! hehehe!!!

Saya harap, itu tidak begitu susah untuk di fahami.. dan sekali lagi, saya meminta maaf kepada sesiapa yang paning!!! bawa minum air dan makan panadol ;p hehehe =)

lap, fets

4 comments:

War186 said...

WTH!? U kno wat? When ur essay is viewed on ur main page I can't read it cos it looked like u were using "wingdings" as font. But in this comment page I can see every single Malay word! wats up with that?? u must've used Microsoft Word or sth for the draft, rite?

Anonymous said...

Fetsy!!Hehe saya sungguh bangga setelah membaca karangan awda sahabat baik saya yang sungguh meng"inspire" saya dan kawan karib saya wardah binti meraj untuk bertutur dalam bahasa melayu/indon/ada ala cina. Jika saya had the honour of being your Malay cikgu saya akan sungguh menyayangi awak sebagai penuntut yang bijak.kehkeh..crap
Lap u!! Fats

Anonymous said...

hahahah!! sungguh nyaman ketawa saya mcm org gila di sini... Tahniah kerana berjaya men-dedicate a blog dgn berbahasa melayu (hey.. i dun haf to write in malay saja to:P) saya sungguh sharpener of u;D hrhrhr lap u babes! *huggzz* teruskan usaha mu! heh..mcm bida bunyinya..
nazzzzzzz=D

Anonymous said...

saya sungguh sharpener? apakan Naz? Indaku faham eh. hehehe! :S ............waalaikumsalam.